Sabah Tanah Airku...

Lebih 2 bulan aku senyap.. mungkin kesibukan dan tuntutan kerja membuatkan aku 'malas' menatap wajah blog sekali gus memberi pandangan peribadi atau menceritakan pengalaman diri sebagai seorang penulis... cuma disebabkan keadaan 'panas' di Sabah membuatkan aku tergerak hati untuk menulis....

  Malaysia khususnya di Sabah gah dengan kedamaian, keindahan alamnya dan dipenuhi dengan warna warni kumpulan etnik yang berbilang bangsa... Tapi 9 Februari lalu, Sabah digegarkan dengan berita mengenai pencerobohan lebih 100 individu lengkap berpakaian ala2 tentera dan bersenjata api yang mengelarkan diri mereka sebagai anggota tentera kesultana  Sulu sudah berada di Kampung Tanduo Felda Sahabat kira-kira dua jam dari Lahad Datu. Kononnya mereka ini ingin menduduki Lahad Datu kerana kawasan itu adalah tanah mereka dan sultan sulu mendakwa ingin memiliki sabah. Dua hari kemudian, Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Razak yang ketika itu berada di Sabah memaklumkan bahawa pasukan keselamatan kita sudah melakukan pengepungan dua bulatan iaitu lapisan pertama daripada pasukan PDRM dan lapisan kedua anggota ATM dan keadaan terkawal setakat ini. Mungkin beliau tidak mahu penduduk Sabah resah lalu tidak memaklumkan bahawa penceroboh itu lengkap bersenjata. Malah beliau juga mengatakan Malaysia akan melakukan yang terbaik supaya tiada berlaku pertumpahan darah antara kedua-dua pihak termasuk melakukan rundingan supaya penceroboh ini keluar dengan aman. Ini bukti kerajaan kita menolak keganasan sebagai jalan penyelesaian. Beberapa perbincangan telah dilakukan dan Malaysia empat kali menunda tarikh penceroboh ini keluar daripada bumi Malaysia, bagaimanapun pada 1 Mac, kita sekali lagi digegarkan dengan kejadian pertempuran antara kedua-dua pihak dan pasukan keselamatan kita diserang hendap dengan melakukan tipu helah penceroboh. Akibatnya dua anggota kita terkorban dan tiga lagi tercedera, manakala 12 penceroboh turut maut selepas berbalas tembakan dalam pertempuran itu. Sebaik sahaja digegarkan berita itu, seluruh rakyat Malaysia termasuk aku sendiri seolah2 rasa keamanan di bumi Sabah sudah tergugat. Rintihan dan tangisan balu serta anak2 pejuang yang gugur membuatkan hati penduduk negara ini sebak. Tidak cukup itu, serangan bertalu-talu apabila enam lagi anggota kita terkorban selepas berlaku pertempuran senget di Kampung Simunul, Semporna dan dipercayai penceroboh yang turut mati dalam kejadian itu mereka yang membunuh dua pejuang yang terkorban sebelum itu.
  Ini kejutan kita kerana tidak pernah peperangan berlaku dinegara kita selepas berpuluh tahun. Kesan kejadian itu, Najib mengarahkan pasukan keselamatan melancarkan serangan pada 5 Mac, jam 7 pagi. Ketika itu beberapa biji bom dijatuhkan di kawasan Tandou dan Tanjung Labian dan gegaran berlaku di bumi Lahad Datu. Lepas serangan udara dilakukan, pasukan keselamatan masuk menerusi udara dan jalan laut juga dikepung habis2an dimana operasi ini dinamakan Op Daulat... kerja pengeledahan dan pembersihan dilaksanakan dan beberapa insiden cemas turut berlaku di kawasan Semporna... rakan2 media pula lebih tertumpu di Lahad Datu selain Semporna, Tawau dan Sandakan. 
  Dalam masa yang sama, khabar angin pula tersebar kononnya akan berlaku pelbagai insiden di kawasan lain dan penceroboh dr sulu mendarat di KK selain berlaku kekecohan di Kinarut sebab ada kawasan penempatan pelarian Filipina di sana. Tapi semuanya hanya khabar angin dan setakat ini keadaan kawasan luar dari Lahad Datu n sekitarnya adalah selamat.
  Op Daulat masih dijalankan sehingga kini dan untuk 11 Mac pengeledahan sudah berakhir tetapi saki baki penceroboh masih lagi ada di kawasan zon merah dan terkepung dan orang ramai dinasihati menjauhkan diri daripada kawasan berkenaan.
  Ok, itu hanya serba sedikit ringkasan kronologi kejadian yang berlaku di LD dan aku sndri merasa keamanan yang dinikmati sudah tiada. Nasib baik kerajaan mengambil pelbagai langkah danb tidak bertolak ansur lagi dengan kejadian ini walaupun sukatan sulu meminta gencatan senjata tetapi tidak diendahkan oleh PM kita selagi mereka tidak menyerah diri tanpa syarat.
  Sebenarnya banyak perkara yg aku dapat simpulkan daripada penelitian aku, walaupun aku masih baru dalam dunia kewartawanan tapi sedikit sebanyak membuka minda dan tahu apa yang terjadi sejak dulu hingga sekarang. berkenaan kerajaan, masyarakat kita, pentadbiran, pasukan keselamatan dan sejarahnya serta semangat kecintaan pada negara.

 1. Dari pembacaan aku, insiden LD ini hampir sama dengan kejadian tragedi berdarah  Kalabakan dimana tentera dari Indonesia menyusup masuk ke Sabah dan melakukan serangan kerana tidak berpuas hati dengan keputusan Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia. Dalam tragedi ini seramai lapan anggota keselamatan kita juga turut terkorban dan lebih 10 anggota cedera akibt serangan daripada tentera Indonesia. Konfrontasi terhadap Malaysia berlanjutan shingga 4 tahun dan berakhir apabila presiden Indonesia ketika itu, Sukarno digulingkan dan digantikan Presiden Suharto dimana selepas itu rundingan perdamaian dilakukan. Sebenarnya menerusi pembacaan ini, aku nampak berlaku persamaan cara kemasukan tentera Indonesia sama dengan tentera sulu iaitu menyusup masuk dan membunuh anggota keselamatan kita. cuma agendanya berbeza.

2. Berlaku pelbagai persoalan kenapa bukan ATM yang mengambil alih tugas sejak awal lagi, mgkin aku cuma bole simpulkan dan huraikan sedikit saja menerusi pembacaan dan cerita dari rakan senior. Pihak ATM ada menyatakan bahawa Malaysia terikat dengan konvensyen Geneva tapi tidak dinyatakan dalam peraturan yang mana, aku ada juga merujuk pada konvensyen tu tapi jelas aku sendiri kurang faham yang mana perjanjian kita terikat dengan konvensyen tu... Ok secara undang-undang dan aktanya, pasukan kita berjaya menahan lebih 100 orang termasuk penceroboh dan yang berkaitan dengan insiden ini. dengan pasukan PDRM, kita boleh menggunakan akta polis dan bukannya undang2 perang kerana kita menggunakan anggota polis yang berkuasa. sekiranya tentera yang berada di barisan hadapan mengambil alih mungkin juga undang2 perang digunakan untuk menahan semua yang terlibat. Tapi kerjasama antara PDRM dan ATM sangta diperlukan dalam insiden ini dimana kedua2 pasukan pada mulanya dihantar sebanyak 7 batalion untuk menjaga keamanaan sabah manakal 5 lagi baru diumumkan PM untuk meyakinkan rakyat sabah yg kini dalam kebimbangan dan ketakutan dgn penganas yang dtg menyerang negeri bawah bayu.

3. Selain pertambahan anggota keselamatan sebanyak 12 batalion ditempatkan di kawasan panas, PM juga mengumumkan kawasan Special Security Area diwujudkan dari Kudat sehingga ke Semporna iaitu sepanjang 400km... Ini adalah antara usaha untuk memastikan kawasan pesisir laut yang berpotensi tinggi sebagai zon panas sentiasa terkawal dan selamat. bagi penduduk yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara juga diberikan pelbagai kemudahan asas terutamanya makanan dan tempat tinggal. Penduduk juga diingatkan menjauhkan diri mereka daripada kawasan zon merah. Sekolah juga turut mendapat perhatian dimana pasukan keselamatan berkawal di kawasan sekolah bagi memastikan murid dan pelajar dalam keadaan selamat.

4. Pasukan keselamatan kita sama ada PDRM atau ATM diiktiraf dunia sebagai antara pasukan keselamatan yang terbaik, bagaimanapun 8 anggota kita gugur juga apabila diuji dgn tipu helah dan kejadian yang tidak disangka2..Tapi kita tidak boleh meletakkan kesalahan dibahu mereka kerana ia insiden yang x dijangka.. tapi mengenai peralatan keselamatan kita sebenarnya kurang berfungsi.. sya masih ingat saya pernah buat liputan di APMM mengenai radar untuk mengesan musuh negara, tetapi sehingga kini saya tertanya2 dimana radar tu? dan bagaimana pula kapal selam kita berfunsi kalau kawasan perairan masih dapat ditembusi? its ok, sya tidak mahu mempersoalkannya mungkin kerajaan dapat menjelaskan apa yang berlaku... sya tidak mahu menimbulkan syak wasangka dan sebagai rakyat yang cintakan negara, saya perlu dan patut tahu dimana peralatan keselamatan yang diwar2kan sebelum ini.

5. Insiden pencerobohan di Lahad Datu sebenarnya ada baiknya ia berlaku, ia sebenarnya sebagai ujian bagi sebuah negara yang sedang membangun dan bakal menjadi maju pada 2020. Ujian ini mungkin perlu ada untuk memastikan keadaan keselamatan dan pasukan kita sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Mungkin selepas kejadian ini, pelbagai usaha daripada semua pihak akan melakukan penambahbaikan bagi memastikan keselamatan dan kedaulatan tanah air kita tidak mudah diceroboh. Anggota keselamatan pun dapat melatih diri mereka dengan situasi sebenar peperangan dan bukan hanya sekadar latihan semata-mata. Ketahanan mental dan fizikal ketika peperangan amat diperlukan apatah lagi kita berdepan dengan penceroboh yang dikhabarkan mempunyai kekebalan kerana mengamalkan ilmu yang songsang.

6. Sepanjang kejadian ini, sifat tuding menuding mencari siapa dalang dan salah menyalah antara kerajaan dan pembangkang berlaku, Apatah ada beberapa pihak memperlekehkan bahawa kejadian ini sebagai sandiwara... Aduh, soal nyawa itu perlu mainan kah sehingga dijadikan isu untuk setiap parti politik?? Saya sendiri tergelak setiap kali ada laporan polis atau di tv mengenai isu Tian Chua.. sebenarnya kami di Sabah tidak kisah apa yang di mahu dikatakan mereka di Semenanjung yang rata2 nya hanya menceritakan kenyataan Tian Chua dan mereka ini adalah antara sesama mereka juga. Sebenarnya kami rakyat Sabah hanya mahu negeri dibawah bayu ini kembali aman tanpa peperangan dan perasaan takut disebabkan pencerobohan... Kami tidak sanggup melihat kematian dimana perwira ini seorang suami, seorang bapa, seorang anak, seorang abang atau seorang adik pada ahli keluarganya dan akhirnya kehilangan tmpat bergantung.. sayu melihat kanak2 kecil yang masih tidak faham apa itu kematian, apa itu pengorbanan dan apa itu pencerobohan... hanya kerana kegilaan sultan sulu menuntut sabah, akhirnya banyak nyawa yang tergadai termasuk pihak mereka sendiri. Sepatutnya pada masa ini semua pihak tidak kira dari parti mana sama ada kerajaan atau pembangkang perlu bersatu hati, duduk berbincang atau saling menyokong tindakan yang diambil. Bukan mencari salah sesiapa dengan menuding jari sesama sendiri dan memperlekehkan apa yang berlaku... Lemahnya bangsaku untuk bersatu dan masih tidak mahu mengenepikan soal fahaman politik dalam isu keselamatan negara.

7. Tidak keterlaluan aku katakan, minda masyakat kita masih ada yang jumud dan mudah menghukum tanpa melakukan analisis terlebih dahulu. Pada hari kejadian, memang ramai yang menayalahkan kerajaan kenapa dilakukan perundingan dan tidak dilakukan halau secara keras.. ramai yang tidak terfikir, kalau kita lancarkan perang, secara tidak langsung imej kita sebagai negara mencintai keamanan tanpa kekerasan akan hilang dimarta dunia dan menuduh Malaysia adalah negara yang ganas. Bukan kita mahu kita diinjak2 tetapi lebih baik perundingan dilakukan tanpa kekerasan. Dan sebaik2nya kita jangan memulakan kekerasan dan sekiranya terpaksa baru kita bertindak keras seperti yang dilakukan sekrang bila Suktan Kiram minta gencatan senjata tetapi tidak diendahkan oleh Malaysia selain mereka sendiri menyerah kalah tanpa bersyarat.
  Media juga menerima tempiasanya pada mula kejadian, kononnya media arus perdana tidak melaporkan kejadian. Bila terbaca status kawan2 menyalahkan media kerana gagal melaporkan yang terkini juga turut dikatakan kalau di luar negara, video pun kita boleh dapat.. Sungguh saya sangat geram dengan mereka yang berkata2 seperti tahu semua benda... Cakap ikut sedap mulut tanpa melihat atau meneliti darimana kita dapat berita atau video itu kalau tidak dari sumber berita di negara asal atau antarabangsa. Akhirnya saya sendiri menempelek dan membidas mereka, untuk mendapatkan semua maklumat dan laporan itu bukan semudah yang disangka. Media memerlukan pengesahan yang sahih dari pihak berkuasa, tiada isu kami menyembunyikan maklumat, dan kami sedaya upaya memberikan maklumat mengenai insiden ini walaupun terpaksa bergadai nyawa berada di kawasan larangan untuk mendapatkan gambar dan visual (aku berkata begini bagi mewakili rakan media yang ditugaskan di kawasan panas). Kalau kami tidak mendapat pengesahan yang sah dan kalau bahan berita kami tidak benar, siapa yang akan disalahkan dan siapa menyalahkan kami? Tanya sama diri... Yang pasti kami di pihak media sudah menjalankan tugas kami sebaik mungkin walaupun ia berisiko tinggi.
  Masyarakat kita juga disimpulkan mudah sangat mempercayai khabar angin dan yang jadi mangsanya adalah media juga. Pelbagai mesej dan pertanyaan diajukan kepada aku, bila ditanya dari mana dapat sumber, masing2 mengaku begini, kawan atau kazen aku husband dia polis/tentera yang bagitau.. sumber boleh dipercayai... Bila saja mereka ini menyatakan sumber dari mana, hati aku panas, kalau begitu suruh saja bini tentera atau polis itu yang bagi statement bagi mengesahkan apa yang dorg sebarkan... itu kan lebih baik daripada statemnt IGP atau CP...mereka lebih tahu bidang tugas suami mereka berbanding suami mereka sndri dan ketua suami mereka. Sepatutnya mereka isteri2 kepada ATM dan PDRM perlu menyimpan rahsia negara sama seperti suami mereka menyimpan dan hormatkan tugas mereka. Sepatutnya istri2 mereka ini tidak menyebarkan maklumat yang mereka tahu kerana ia akan menambahkan kegusaran dalam hati masyarakat setempat bila dimomokkan pelbagai cerita yang mungkin benar berlaku.
  Banyak kritikan aku boleh lakukan pada masyarakat kita yang jelas banyak bergantung pada perkara yang bukan fakta.. ada yang tahu menggunakan internet tidak pula menggunakan ia sebagai tempat rujukan tetapi fb atau twitter adalah sumber berita utama mereka.

Pelbagai huraian yang aku ingin simpulkan tetapi mungkin setakat ini idea aku mengenai insiden pencerobohan di Lahad Datu. Yang pastinya keadaan masih lagi kurang tenang di kawasan zon merah walaupun operasi pengeledahan sudah ditamatkan sejak semalam... Aku mahu negeri Sabah kembali seperti dulu, Land Below The Wind....

sebelum berundur, aku kongsikan sajak yang dicipta khas insiden d Lahad Datu, tapi aku kurang jelas siapa empunya sajak, cuma bila aku terdengar seorang budak mendeklamasikan sajak ini, meremang bulu roma aku....

9 Februari 2013,Tanah kami kau langgar, 
Dengan senjata, maruah kami kau cabar, 
Dalam rundingan, kami bersabar, 
Apa mungkin "saudaraku" perjuanganmu tersasar, 
Kau degil, terus mencakar, 
Perdamaian sudah semakin samar 

1 Mac 2013, Hari Jumaat yang besar, 
Darah saudara kami kau lapar, 
Batang tubuhnya kau kelar, 
Dibawa pulang keranda digandar, 
Menangis si kecil, diminta bersabar, 
Hilang sudah tempat bermanja, tempat bersandar 

Satu Malaysia Mula Tersedar, 
Kau bukannya saudara, malah musuh tegar, 
Dari Padang Besar ke Daerah Papar, 
Semboyan Keramat memanggil Pendekar 

Kami sudah hilang sabar, 
Pendekar melangkah tangan menggegar, 
Mana musuh kami panggar, kami selongkar, kami bongkar, 
Tidak bersisa kami langgar, 
Berlembut kami kau salah anggar, 
Ini bumi, tanah Pendekar 

Rejimen Gerak Khas, 
Kuala Lumpur 
5 Mac 2013 


Al-Fatihah kepada pejuang negara yang terkorban dan Pray For Sabah....Assalam...





Comments

  1. Penulisan yang hebat dan terperinci!keep it up my friend~ :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq dear... malas mau menaip sebenarnya sebab ari2 pn menaip artikel... haha...sebab tu byk typing error malas buat double check... tapi sebab keadaan skrg, aku perlu buat kesimpulan dan pandagan peribadi...

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

ILMU KAUM BISAYA... MUDAH DIAMALKAN...TAPI BAHAYA UTK ORG RAMAI...

biar mati anak, jangan mati adat...

Operasi oh operasi...