Posts

Showing posts from June, 2019

MISTERINYA TORAJA

Image
Stori ni x publish ntah kena peram dgn kl da setengah tahun terperam.. so aku publish dalam blog ja la utk org baca... PIX/VIDEO/TEKS NORASIKIN DAINEH norasikin_daineh@nstp.com.my Toraja (Indonesia): Disebalik keindahan dan cuacanya yang dingin di tanah Toraja, Sulawesi Selatan, tersimpan seribu cerita misteri dan adat yang unik masih diamalkan etnik Toraja sehingga kini. Antaranya menyimpan mayat dirumah adat dan mayat itu dilayan seperti orang biasa yang sakit dipanggil Tomakula' sehingga upacara ritual selesai untuk pemakaman sebelum diabadikan di suatu tempat khas dan selepas itu baru ia dianggap sudah meninggal dunia.  Bagi kita di Malaysia, ia satu perkara yang mustahil dilakukan. Namun bagi kaum Toraja ia dianggap sebagai tanda kasih sayang mereka kepada ahli keluarga terutamanya ibu bapa yang sudah meninggal dunia. Menurut Rudy Tolinggi, 33, dia sudah biasa dengan adat itu dan walaupun prosesnya sukar namun ia harus dipertahankan kepada generasi akan datang su