Posts

Showing posts from 2020

New Journey 2020

Image
2020.. nampak gah.. dulu2 impian 2020 sebagai sebuah negara yang maju..tiada penyakit, kerjaya semakin meningkat naik,  tapi realitinya x seperti yang disangka... July 2020, aku kini beralih kepada syarikat baru walaupun tidak secara tetap (aku senang freelance), tapi ia sebagai satu perjalanan baru.. Throwback 15 March before PKP covid 19 Aku secara rasmi jadi penganggur terhormat selepas mengambil keputusan ambil retrenchment, siapa sangka dunia kewartawanan hampir tidak bernyawa dek kerana perubahan kepada news digital dan keadaan company yang tidak stabil disebabkan tekanan ekonomi dan aku percaya bersangkut paut dengan politik... 9 tahun berkhidmat dengan Harian Metro sebuah akhbar tabloid agak gah di Malaysia, aku terpaksa melepaskannya kerana tidak mungkin aku mampu bertahan untuk terus berkhidmat atau mungkin juga syarikat akan bungkus kalau terus (contoh utusan malaysia), itu yg merisaukan aku dan rakan2 sebelum kami menghantar surat untuk terlibat dalam retrenchment