New Journey 2020



2020.. nampak gah.. dulu2 impian 2020 sebagai sebuah negara yang maju..tiada penyakit, kerjaya semakin meningkat naik,  tapi realitinya x seperti yang disangka... July 2020, aku kini beralih kepada syarikat baru walaupun tidak secara tetap (aku senang freelance), tapi ia sebagai satu perjalanan baru..

Throwback 15 March before PKP covid 19

Aku secara rasmi jadi penganggur terhormat selepas mengambil keputusan ambil retrenchment, siapa sangka dunia kewartawanan hampir tidak bernyawa dek kerana perubahan kepada news digital dan keadaan company yang tidak stabil disebabkan tekanan ekonomi dan aku percaya bersangkut paut dengan politik...

9 tahun berkhidmat dengan Harian Metro sebuah akhbar tabloid agak gah di Malaysia, aku terpaksa melepaskannya kerana tidak mungkin aku mampu bertahan untuk terus berkhidmat atau mungkin juga syarikat akan bungkus kalau terus (contoh utusan malaysia), itu yg merisaukan aku dan rakan2 sebelum kami menghantar surat untuk terlibat dalam retrenchment...

Tiada keputusan yang salah, tiada juga keputusan yang betul.... sehingga kini rasa relax with my little family, dapat menikmati kehidupan dengan lebih selesa, tenang dan x terkejar2...

Until 1 July,

Now im serve for Borneo Today salah satu portal di Sabah, gaji xda la macam dulu and i feel to free untuk saja2 menulis selepas berbulan2 tidak menulis...

Kadang terkejar2 juga la sebab since my husb kursus and had to handle everything then balik kg berdua so rasa mcm sibuk sikit selepas berbulan2 lama bercuti...

Mungkin sebab komitment aku da kurang sgt banding masa kerja dulu.... so sebab tu x terfikir utk buat kerja teruk2 mcm dulu...

Sekarang cuma fikir how to take care my little boy, my family only dan isi masa lapang dgn aktiviti2 kemahiran contoh mcm aku join kelas deco kek... hehe...

Cukup... 2 hari lagi usia semakin meningkat 34 tahun...bila dalam keadaan begini, itu mungkin kebahagian dan keselesaan yang kucari...

I feel and I can say 'Alhamdulillah' for God..




Comments

Popular posts from this blog

ILMU KAUM BISAYA... MUDAH DIAMALKAN...TAPI BAHAYA UTK ORG RAMAI...

biar mati anak, jangan mati adat...

Operasi oh operasi...