kahwin???

Usia aku hampir menginjak ke angka 27 pada tahun ini... perkataan kahwin (kawen) begitu sinonim dengan aku setiap kali balik kampung... malah pertanyaan itu seolah2 sebuah pertanyaan maut bagi aku... entah knp, aku takut melalui fasa perkahwinan walaupun aku sebenarnya mahu ia berlangsung... kefobiaan aku tercetus apabila melihat orang di sekitar aku yang bermasalah... ada juga yg aku lihat bahagia tapi pada awal perkahwinan saja, lepas 10 tahun kemudian, yg pastinya suami akan main kayu tiga... kalau pun tidak, masalah ekonomi rumah tangga juga sebagai duri dalam daging sebuah perkahwinan...
  Aku nampak kawan2 aku study berebut2 kawen dan ada juga yang lepas ja study terus kawen, tanpa menikmati apa itu alam kerjaya... ada pula masih terkial2 sampai sekrang mencari kerja yang sesuai dan setimpal dengan pendidikan.... bukan aku memperlekehkan mereka, tapi dalam keadaan sudah ada anak, suami, sepatutnya keadaan ekonomi mesti bertambah baik.. org kata, rezeki anak, ada pula orang kata, kalau da kawen ni, sumber kewangan bertambah, ya la kalau dua2 kerja sah la pendapatan lebih dr mencukupi... tapi ada juga aku tgk mengeluh sebab asyik x ckup duit saja... jangan hairan bila aku kata, rata2 yg kawen selepas study terutamanya yg suami pn baru juga dapat kerja, mereka ni xda rumah sendiri dan terpaksa menyewa rumah... hurmmm....
  Pelik bin hairan, berpendidikan tinggi tapi pemikiran masih di tahap jumud atau kuno... aku ingatkan perkahwinan di usia muda ini untuk mereka 20 tahun lalu.. rupanya zaman sekarang masih ada pemikiran konservatif... masih mahu mengekalkan tradisi kawen awal... ada juga yang sbuk mengatur perkahwinan ketika masih dalam pengajian... ok kalau dlm 10 tahun yang lalu, mungkin aku boleh terima.. tetapi selepas itu, kebanyakkan org berhadapan dengan masalah ekonomi... jadi bagaimanakah sesebuah perkahwinan itu sempurna kalau x punya pendapatan yang tetap, apatah lagi mereka yang bergelar graduan itu... c lelaki pula, tanggungjawabnya suda pasti la memberi kemudahan kepada c isteri dan anaknya, kalaulah dia x punya pendapatan yang tetap, ini yang boleh mencetuskan perceraian.
  Jangan diberi pepatah, ulat di dalam batu pun boleh hidup.. masalahnya wanita itu bukannya ulat, wanita itu manusia, ada keperluan dan ada kehendak... lagi pula dzaman skrg, siapa yang tidak memandang wang...?pernah dengar peribahasa ini, 'wang bukan segala-galanya tapi segala-galanya memerlukan wang'..?? nah, apa yang percuma skrg? kalau pun tandas boleh mencecah RM1 untuk kita membuang segala apa yang terkandung dalam badan, apatah lagi makan pakai kita... tidak ada yang percuma walaupun masyarakat negara kita prihatin untuk menderma...
  Mungkin kalau pasangan ini diwarisi kekayaan, tiada masalah untuk mereka kwen dalam usia 15 tahun pun xpa, tapi, kalau belajar pun harapkan duit pinjaman, jangan la terlalu taksub mengejar alam perkahwinan....cari dulu 'tapak hidup' sebelum benar2 mendirikan rumahnya.. itupun perlu ada dindingnya, pakunya, tiangnya, zink nya...
  Aku sendiri walaupun terikat tapi sehingga kini masih berfikir2 bagaimana untuk menguruskan perkahwinan... ditambah pula dengan keadaan kerja sekrang,.. itu baru satu yang difikir, bagaimana pula memikirkan keluarga di kedua-dua pihak.. lagi la pusing dan bingung kepala... jadi sehingga kini, jawapanku, relax la, ada jodoh kawen juga aku.. x perlu dirisaukan... antara lain alasan aku, rumah aku x beli lagi... sebab kita x tau nasib kita dmana selepas kawen, kalau la jodoh x pnjg dan slps tu xda tmpat bergantung, apakah yg jadi pada kita,?? (palis2)... sebab itu aku mahu ada kerjaya, ada rumah sndri, ada kereta sendiri ada simpanan sendiri dan ada pendapatan sendri.... kalau aku bagi alasan duit x ckup lagi untuk kawen, nanti org cakap, aku lelakikah yg perlunya cukupkan duit... hahaha.. aku sndri ketawa lucu bila orang bertya bgitu... mereka ingat, kwen ini mcm zaman dulu kala... hya pikir kwen saja... sekrang, semuanya main sewa...baju pengantin, pelamin, gambar perkahwinan, kad jemputan dan pelbagai persediaan lagi.. tidak kah itu memerlukan fulus yang banyak??kalau boleh, aku tidak mahu sedikitpun susahkan kedua-dua org tua ku... mereka yg sudah tua, x punya pendapatan tetap, xkan aku perlu susahkan mereka...
  Jadi sebelum memtuskan sebarang keputusan untuk berkahwin, fikirlah sedalam2nya... kita kawen bukan  setahun dua, tapi selama2nya... semua wanita tidak mahu memegang title single mother, tapi kalau jodoh x pnjg, kita x boleh buat apa pn... hal ekonomi antara salah satu faktor, banyak lagi sebenarnya.. cuma ini saja yg aku dpt huraikan... mungkin ada episod lagi mengenai perkahwinan....



wasalam...
 
 

Comments

Popular posts from this blog

ILMU KAUM BISAYA... MUDAH DIAMALKAN...TAPI BAHAYA UTK ORG RAMAI...

biar mati anak, jangan mati adat...

Operasi oh operasi...