Kabel...??

Kabel? kabel apa? kabel elektrik atau kabel telefon... bukanlah... ni kabel baik punya.... kabel atau keliks atau orang hubungan seseorang untuk mendapatkan sesuatu.. biasanya pekerjaan, projek atau urusan jual beli dan ini termasuk antara permainan politik yang lebih memihak kepada kroni2 seseorang yang mempunyai pengaruh atau kuasa....
  Tapi disini, bukan aku mahu bercerita tentang politik tetapi lebih kepada usaha untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih banyak atau bergantung kepada kabel berbanding usaha dan bakat sendiri.... Hanya dengan memperkenalkan seorang kawan, seseorang itu layak mendapat tawaran kerja atas sokongan daripada c kawannya... Biasalah tu.. d cni, ia bukan lagi suatu yang baru tapi sudah jadi kebiasaan dan midn set org kita...
  Aku pernah mengalami keadaan ini selepas saja menamatkan pengajian dan ketika itu mind set aku, kalau ada kwn2 yg punya kabel kuat, itu la jadi mangsa aku untuk dapatkan kerja... Yah, kebetulan masa tu aku kenal dengan sorg biznesman tempatan... rasanya memang dia ni berpengaruh dan berjaya dalam bidang perniagaan... Kerana terlalu taksub yang orang ini mungkin boleh membantu aku untuk dapatkan pekerjaan, aku sanggup ikut dia ke mana saja untuk interview termasuklah di sekitar Labuan dan Sipitang....
  Untuk pengalaman di Labuan, aku diperkenalkan dengan beberapa rakannya yang juga bos2 besar dalam company di Labuan termasuklah Sabah Shifyard dan salah satu supermarket d sana... Mmg ada hasil juga, aku sangkut di syarikat pasaraya tu tapi masa tu hati aku berat saja untuk terima tawaran kerja tu sebab aku di minta buat bahagian marketing,.... sebenarnya aku sudah diberi penerangan sedikit mengenai tugas aku dan dari penilaian aku, mungkin aku akan disuruh mencari pelanggan untuk perkenalkan kad mesra pasaraya tu... hurmm.. dalam hati aku terus terdetik, kalau setakat kerja begini, aku boleh buat di mana-mana pun... so aku tolaklah tawaran gaji tu...
  Siapa tak tau Sabah Forest Industry atau lebih dikenali SFI.. Rata2 ramai yang mengidam untuk dapat bekerja disana sebab apa yang diwar2kan gaji dsana mahal... sebab tu aku beriya2 teringin dapat peluang kerja dsana... Mahu dijadikan cerita, kawan yang aku kenal ni ada juga kabel disana iaitu pengurus bahagian HR... Adalah sekali kami mengatur pertemuan di gerai satey Sipitang lantas aku unjukkan resume dan beberapa salinan sijil Ijazah aku... dalam masa seminggu mungkin, aku dipanggil untuk sesi temuduga dan pada sesi pertama, aku dan kalau x silap ada dua orang yang lain juga mengikuti sesi temuduga tu... Sebaik giliran aku, seperti biasa memperkenalkan diri dan bertutur dalam Bahasa Inggeris selain cuba bercerita mengenai kos pengajian aku ambil dulu... Si penemuduga turut bertanyakan aku beberapa soalan dan aku jawab sebaik boleh sehingga selesai sesi tu.. Seminggu kemudian aku dipanggil semula untuk tapisan dan ketika itu harapan aku berbunga2 sebab jawatan untuk eksekutif HR seperti menanti2 dan aku bakal meraih gaji yang tinggi... tapi tekaan aku meleset sama sekali dan selepas sesi interview yang dijalankan oleh orang lain, rupanya masih tidak menepati citarasa mereka.... sebenarnya ada alasan tertentu mereka tapi aku da x ingat mengenai apa... tapi yang pasti selepas itu aku x berjaya pun bekerja di SFI...
  Dari sana, aku sudah putus asa untuk mengharap kabel... kabel apa begitu kalau masih x dapat kerja dan yang pastinya aku ditawarkan kerja yang x setaraf dengan pendidikan aku ada... Bukan soal aku memilih kerja, tapi sebab aku fikir aku ada kabel yang kuat kenapa perlu aku dapat kerja yang x setimpal dan x layak dapat kerja yang lebih baik dr itu... kalau lah aku memilih kerja, aku xkan lah kerja di Cosway sementara waktu kan??? aku bukan juga jenis memilih kerja, tetapi kalau setakat kerja di pasaraya, aku pun boleh usaha sendiri.... jadi satrt itu aku cari usaha sendiri walaupun aku masih mengharap ada kabel yang sudi bantu aku...
  Dalam masa yang sama, aku ligat memohon mana2 saja jawatan kosong termasuklah bahagian banking dan  direct selling... tapi lepas saja dengar penjelasan mengenai pekerjaan, aku dengan mudah buat kesimpulan, aku bakal jadi seorang salesgirl untuk ambank atau sebuah syarikat buku... argghhh..
  Ntah rezeki apa, aku kembali on contact dengan seseorang ini yang bagi maklumat HM memerlukan wartawan sambilan di Sabah dan Sarawak sebab dorang baru start di sini... Tanpa berlengah, aku minta no fon biro HM Sabah dan aku diminta untuk menghantar email resume... Oleh kerana aku punya pengalaman sedikit mengenai kewartawanan, aku dipanggil untuk ditemuduga dan aku masih ingat bos aku n bos Sarawak yang buat interview tu... tanpa berlengah, aku terus menerima tawaran selepas diambil untuk jadi wartawan sambilan... aku rindu dunia media, sebab itu aku sanggup jadi wartawan sambilan walaupun bayaran hanya diberikan bagis etiap story yang aku buat...
  Aku cuba dan nyata aku suka kembali ke dunia media.. sudah mula mendapat kawan baru dari bidang yang sama.. walaupun susah sebab aku masih belum ada kenderaan tapi aku kuatkan semangat... Aku masa tu tinggal di bilik sewa Asia City dan berulang alik dari Asia City ke KK Times Square dengan berjalan kaki... masa tu cik kancil macam belum ada dan kalau ada pun aku masih x brani drive... jadi mau xmau, aku bersusah2 dulu... Dalam masa yang sama aku dipanggil bekerja di Ambank dan syarikat buku tu, tapi aku tolak semua dan rakan yang aku kata banyak kabel tu nasihatkan aku supaya bekerja dengan bank... tapi aku tolak dan dia sebenarnya kcewa dengan keputusan aku sebab aku mahu kerja dengan media... Masa tu aku memang dan serasi dengan media jadi kenapa aku perlu tolak kerja yang aku suka dan bekerja dengan perkara aku x minatkan.. So aku bagi alasan yang aku minat dengan kerjaya aku sekarang dan dia x boleh kata apa2 masa tu...
  Now, akhirnya aku berjaya menempa nama sebagai seorang wartawan Harian Metro... walaupun bukan selalu buat frontpage tapi masih ada yang kenal aku dan aku cukup bersyukur sebab kerja yang aku dapat ini lah yang buat akau senang sekarang...
  Ok, apa yang aku mau simpulkan sini, aku cuma mahu bagi pendapat, setiap orang punya nasib yang berbeza sama ada baik atau kurang baik... bagi yang suka mengharap kabel, kita x nampak sejauh mana bakat atau kemahiran kita... yang kita tahu, ada orang bantu untuk dapatkan pekerjaan.. tapi sebenarnya kita x tau yang kita layak atau sebaliknya....
  Mungkin hasil temuduga yang lepas, aku x layak dan xda bakat.. aku terima... tapi untuk kerjaya sekarang, mungkin ini lah bakat dan kemahiran aku...
  Malah aku nampak bakat aku bila aku diterima menjadi salah seorang wartwan tetap selepas 6 bulan aku sambilan... Ditambah pula dengan keadaan HM perlukan wartawan di Sabah, aku terus dibagi peluang tanpa mengikuti kursus PETS selama 3 bulan di KL... aku cuma sempat berada di sana sebulan untuk bertugas dan hanya seminggu menghadiri sesi suai kenal...
  Nampakkan, usaha aku bila aku dapat kerja di sini tanpa ada kabel,... kalau ada pun sebab aku cuma dapat maklumat yang HM perlu wartawan dan selepas aku diambil bekerja sebagai wartawan sambilan, aku ditemuduga dan terus diserap untuk jawatan yang tetap...
  Ini yang aku mahu tunjukkan, jangan juga mengharap sangat dengan kabel, usaha diri sendiri sangat penting... so bagi mereka yang baru mencari pekerjaan, usaha dari semua sudut sangat perlu...keintelektualan dan kemahiran menjadi faktor utama untuk ditawarkan pekerjaan sesuai dengan tahap pendidikan yang kita ada....

SO ASSALAMUALAIKUM...

Comments

Popular posts from this blog

ILMU KAUM BISAYA... MUDAH DIAMALKAN...TAPI BAHAYA UTK ORG RAMAI...

biar mati anak, jangan mati adat...

Operasi oh operasi...