IT'S ABOUT JOURNEY DI BUMI KOREA PART 2
PART 2
15 Disember 2018
Seawal jam 6 aku da bangun sebab breakfirst jam 7am...entry semalam da cerita sikit pasal pakaian aku lekat hot pack kan... rasa panas2 badan siap berpeluh awal pagi sbb da pakai semua melekat di baju...
jam 7am aku turun p bfast... masa mula2 aku teragak2 ambil makanan sbb risau bukan muslim friendly.. so x usik la makanan yang disediakan hotel di bahagian makanan tu... aku ambil roti 4 keping dengan kaya n butter.. kopi panas sebab masih rasa sejuk...masa tu sempat sembang dgn miss monica kami... dia kata da bfast di rumah.. so just minum kopi temankan aku.. semua perbualan dalam bahasa inggeris sebab dia x pandai ckp melayu x mcm tour guide sorg lagi yg lelaki dkt group 1 dia guna bahasa melayu indonesia... tapi kira ok la lagi sng fhm monica banding bm indon tour group sblh tu.. hehe...
selesai bfast, kami kumpul jam 8 untuk bergerak mengikut itenerary pertama kami iaitu the blue house, gyeongbokgung palace, bukhchon hanok village, itaewon untuk makan tengahari,namsan tower yang ada padlock love tu, noryangjin fish market dan last sekali trick eye museum & ice gallery.
Lengkap pakaian sbb sejuk.. Ni masa mau turun bfast.
Ni la nama hotel kami menginap.. Citadines hotel..
Maskot korea sukan apa tah.. X ingat.. Tapi cumill..
Blue House tempat yang kami pegi ni just photo stop ja.. tempat ni adalah kediaman rasmi dan pejabat rasmi Presiden Korea Selatan... dari sini kami bole nampak namsan tower dan bukit2 yang cantik sekelilingnya.. kiranya tempat ni terletak tengah2 la...
Sekitar blue house..
lepas tu kami terus bergerak berjalan kaki menuju ke gyeongbokgung palace.. ha ni la yg aku selalu tgk dalam drama2 korea yang lama psl dinasti goryeo yang selalu disebut2... kami dibawa berjalan2 sekitar istana ni.. besar mmg penat berjalan nasib cuaca sejuk so x rasa sgt.. reka bentuk istana ni mmg unik penuh dengan kehalusan seni bina dan terdapat juga tasik tapi masa tu berais la... di sini aku dpt banyak pix cntik2... aku share nanti di bawah ya...
gyeongbokgung palace
Penuh dengan hasil seni bangunan2nya. .
Belakang tu tasik tau.. Tapi berais sbb musim sejuk..
Antara kawasan istana kami lawat.
Depan palace..
lepas tu kami bergerak ke bukhchon hanok village.. ini adalah perkampungan atau penempatan penduduk korea... so dkt sini bole la tgk cmana yg aku tgk dlm cerita korea rumah dorg jumpa pintu ja tertutup rapat x nampak rumahnya yg sebenar.. dkt sini pun banyak pix cantik2 aku dpt... cumanya di kawasan ni x bole buat bising... kalau bercakap kena bisik2 sbb ni kan kwsn perumahan org.. risau menganggu ketenteraman penghuni la kononnya... yg aku kagum, dorg siap ada pekerja yang memastikan kita 'keep quite'... lelaki dgn menggunakan papan tanda minta kita jangan buat bising... miss monica pun ada tegur org awam yang dtg ke tempat tu supaya x berbuat bising...
Cantikkan pemandangannya..
Depan pintu rumah penduduk hanok village..
Keep quite
Dorg siap ada penjaga lagi supaya kawasan ni x bole buat bising..
Di belakang tu...
selepas selesai berjalan2 bbergambar2, kami pgi makan tghari pula.. lapar juga la sebab banyak pergerakan naik turun bukit masa tu.. so kami ke itaewon dimana ada banyak restoran menyediakan makanan halal dan kalau ada rezeki next time, mau juga menginap di itaewon senang cari makanan halal kan... korean food ada, malay food, dan arab or indian food disediakan....
makan tengahari kami hari tu, jenis bufet.. ada pasta, ada roti naan, kari ayam, ayam tikka, kuah dal dgn sayur2... sedap la sebab lapar dan kena dengan perut... aku mcm biasa bertambah makan sbb rugi kot bayar... hahaha.. xpa diet tu tahun baru kita usahakan... hehehe...lps mkn, kami dibagi ruang free n easy,, mana yg mau solat, bole terus naik ke atas ada masjid dlm tu... yg mau jalan2 n try food sini, bole la beli.. aku minta tlhg haniz tapaukan kebab daging... x dpt mkn masa tu juga sbb kekenyangan dan klau mkn d bas lagi la x bole.. huhuhu.. so tapau bawa balik bilik nasib ada tu microwave kan...
Ni restoran kami makan..
Buffet style
Ada restoran masakan melayu juga.. Nama oun siti sarah.
Masjid di itaewon.
ok, selesai makan, kami bergerak ke namsan tower... dekat sini la boleh nampak pemandangan bandar seoul bangunan dorg tinggi2... aku x naik tower tu sbb x rasa mau naik... cukup jalan2 di atas tu dan turun mencari hot cappucino dkt starbuck.. da menjadi habit pula sepanjang di korea aku mmg cari kopi ja kerja sbb first ni pengaruh k drama, selalu tgk dorg sambil jalan hirup kopi tambah2 lagi cuaca sejuk.. dan satu mmg memerlukan minuman panas sepanjang perjalanan wlaupun susah klau melepaskan hajat... nnti aku ceritakan dalam entry lain psl persediaan knp susah buang hajat di sini....
Menghirup hot cappucini dengan berlatar belakangkan namsan tower..
ok berbalik cerita di namsan tower, sini ada lah persembahan2 menyanyi berperang2 main gendang bagai.. ala2 mcm cerita korea dulu2 la dorg berlawan guna pedang.. aku x tumpu perhatian sgt sbb aku asyik dgn kamera mate 20 aku untuk dptkan gambar yang terbaik... masa ni aku belum rapat dgn geng siblings tu so banyak gambar menggunakan selfie stick tu la yg aku beli dkt diy.. mmg berguna gila benda alah tu.. aku ada beli yg stick 3 kaki tu supaya aku bole buat pix sndiri tapi x guna pun sbb penuh da beg aku mau sumbat... ada beberapa pix aku yg cantik berlatarkan namsan tower minta tlg haniz ambilkan.. mmg cantik nasib la aku jadi amik fon mate 20 ni.. berbaloi bercuti dgn fon baru... haniz siap jeles sebab bole buat wide angle nampak full tu namsan tower... yang selebihnya pix aku banyak ambil sndiri terutamanya yg kerusi ada salji dan dkt pad lock tu...
Pix duduk di sebelah salji.. 😊 😊
Pemandangan bandar seoul.
Love padlock
lepas di namsan tower, kami bergerak ke destinasi seterusnya iaitu noryangjin fish market... sbnrnya aku pelik juga apa motif bawa ke tempat ni kalau bkn bawa makan kan,.. ntah la nama pn ikut tour travel agent so terpaksa la ikut ja apa yg dorg da atur.. ok la menarik juga sbb x pernah nampak ketam sebesar alam iaitu king crab... tapi harganya bole tahan mahal kalau convert rm katanya cecah rm500 ok.. so kita tgk ja la ketam tu jalan2 ya.. ehehhe...nanti aku share kan pix ketam dan seafood lain dkt fish market ni...
King crab dan salmon yang fresh.. Ada seafood lain2 juga..
aktiviti terakhir kami untuk jalan2 berakhir di trick eye museum & ice gallery.. sama mcm dkt namsan tower sini aku x banyak dpt pix sendiri sbb museum ni banyak 3D so memerlukan orang lain yg ambil pix aku...aku cuma dpt 2,3 ja poz itu pn dorg yg tlg ambil..tapi mmg menarik museum ni untuk tgk 3D, kena dload apps dia lepas tu buka apps halakan kamera ke arah tempat tu so nampak la pelbagai imej bergerak... yg ni aku cuma dpat ambil video ja la tanpa aku dlm video tu...yg ice gallery aku cuma masuk sekejap sbb da nama pun ais dkt luar pun da x tahan sejuk inikan pula dlm tu..
aktiviti kami selesai jam 8 gitu dan aktiviti terakhir adalah makannnnnn,.... yg ni paling seronok bab makan sbb aku ni kalau bercuti2 aku suka cari makanan,... so xmau ambil tau da psl diet aku tu... mmg balik ni mgemuk pun.. hahaha...
ok dinner malam kedua ni sangat tidak mengecewakan bila kami dihidangkan sup ayam ginseng... katanya ayam muda... kami dpt ayam separruh besar juga... dalam sup tu ada nasi dan kami disediakan mee kalau mau campur mkn dgn mee... selain tu cm biasa la side dish dia danmuji dan kimchi... sedap la juga sup ayamnya.. aku x pernah mkn sup2 ginseng ni sbb x sukaa bau ginseng, tapi yg ni x rasa pun bau ginseng.. mcm sup biasa juga...
siap makan, kami bergerak balik ke hotel... kiranya jam 9 lebih aktiviti kami siap la suda.. esok mcm biasa jam 8 pagi kena bergerak suda.. so awal bangun utk bfast....tapi sblm tdr aku melantak kebab aku tapau di itaewon dan minum kopi maxim tu.. Sedappp. .
Comments
Post a Comment