Bye 2018 welcome 2019...


Macam setahun sekali baru aku dtg sini.... Maaf kalau mmg ada pembaca aku da lama x updat blog sbb bz since pindah kk aku byk abiskan masa utk family dan k drama aku.. Hehe..

Ok.. First syukur alhamdulillah... Akhir tahun berlabuhlah tirai 2018..akan bermulalah 2019 yang tidak aku tau bagaimana pula perjalanannya.. Adakah manis seperti tahun ini adakah mencabar atau bagaimana...

Tahun ini ada banyak aku mau kongsikan terutamanya trip aku ke makassar n toraja indonesia atas kapasiti bekerja sambil melancong dan ke korea untuk melancong... Tapi ini aku kongsikan dalam entry lain selepas ini... Sbb aku mau share itinerary dan pengalaman aku disana...aku cuma sentuh sikit pasal korea sbb akhirnya aku berjaya mencapai impian untuk menjejak kaki ke bumi korea berjaya memegang salji melihat sndiri dan merasai sendiri bgaimana salji turun.. Juga berpeluang melawat dimana bermulanya minat aku pada k-drama bermula iaitu winter sonata di nami island.. Ya allah x dpt digambarkan tahun ini impian aku tercapai juga akhirnya..

Berbalik kisah aku sepanjang tahun ini,dari segi kerjaya alhamdulillah bole bertahan.. Dalam keadaan ekonomi kurang stabil risau juga nasib aku spt rakan yg lain ada yg di transfer, ada yang diberhentikan mcm rakan2 stringer kami dan ada juga ambil vss sbb kekangan ekonomi syarikat atau berhenti secara sukarela.. Tapi rezeki aku masih di sini dan selagi tiada master sukar aku mau beralih ke mana2 kecuali kalau ditakdirkan aku pgi kl ikut husb...

Tahun ni bole kata mencabar juga disebabkan convergence kami keja dalam 1 team dibwh nstp so news semua buat termasuk politik.. Lebih pening bila kerajaan mula bertukar dan terus terang aku x suka new government... Banyak isu tapi x pyh la cerita sbb aku xmau ckp psl politik sini...

Kejayaan aku tahun ni?? Alhamudulillah aku berjaya merangkul merit dalam shell awards.. Sedikit merundum tapi masih ada dalam senarai.. Daripada 6 penyertaan hanya 1 sangkut banding tahun lalu 1 hadiah utama dan merit.. Apa pun tetap bersyukur...ada juga tanbah2 duit shoping p korea arituπŸ˜…πŸ˜…..
Family? Alhamdulillah tahun ni rasa tenang tanpa gangguan siapa2...tapi suda 4 tahun mama sakit...semoga mama diberikan kesihatan yang lebih baik dari sebelumnya...

Sebenarnya banyak lagi tapi ini yg dpt aku pikirkan stakat ini..cuma yg istimewa buat hero2 ku terima kasih kerana berada di sisi terutamanya suami yg banyak membantu dan melayan kerenah aku.. Mengizinkan aku melangkah keluar ikut travel, bertolak ansur menjaga hero kecil kami.. Semoga perkahwinan kami smooth ja mcm org lain.. Semoga tahun hadapan lebih manis semanis2nya kehidupan berumahtangga... Untuk hero ku yg kecil walaupun masih kecil tapi alhamudulillah membesar dgn baik dan bijak.. Skrg suda pandai bckp.. Pintar lagi menjawab dan oandai suda minta tlg buat2 kerja rmh.. Oo ya semalam kami sempat menjenguk rumah baru kami di papar.. Ini antara satu lagi kemanisan tahun ini sbb rmh tu da 80 peratus siap.. Happy juga second home da ada dlm tempoh 5 thn slps rmh pertama... Biarlah org lain mau kumpul brg rumah yg penting aku kumpul aset rmh.. Rmh ni bkn sringit dua bole dibeli mcm beli brg dlm rmh tapi memerlukan kos ratus ribu ringgit.. Rmh la tempat kita berlindung dan paling penting rmh sndiri adalah harta kita org prmpuan kalau2 nasib x menyebelahi dlm rmhtangga (palis2)..

Ok la cukup sini ja entry sempena berakhirnya tahun ini... Aku akan sambung ke entry untuk share 3 trip sbnrnya termasuk di smnjung bulan 8 aritu.. Apa2 pun setiap yg aku lalui aku hrp jadikan kenangan manis dan pengajaran.. Insyaallah tahun mendatang akan kutempuhi dgn lebih berani dan lebih manis... Sekian dari aku norasikin daineh @ amie happy new year 2019..😊 😊 😘



 Tahun ni cuma berjaya merangkul merit dalam kinabalu shell press awards 2018..
 Bersama hero2 ku.. Hero kecil dan hero dihatiku😍😍😍
 Rumah kedua kami selepas putatan platinum apartment...suda siap 80 peratus insyallah tahun dpn xda aral da dpt kunci😊😊😊
Kenangan di bumi korea.. Pix lain akan dikongsikan dalam entry bumi korea slps ini. . 

Comments

Popular posts from this blog

ILMU KAUM BISAYA... MUDAH DIAMALKAN...TAPI BAHAYA UTK ORG RAMAI...

biar mati anak, jangan mati adat...

Operasi oh operasi...