It's about journey-bumi korea part 1

14-19 disember 2018 iaitu jumaat hingga rabu (6 hari) di korea bersama travel agensi dari musafir 2990...harga pakej RM3299. .

Mau dikatakan peminat tegar, tidak juga sebab ada juga drama aku missed dan aku x kenal mana pun retis korea.. Yg aku tau lee min ho itu pn sbb adik aku yg bgitau dgn pelakon my girl itu pn ex bbsitter aku bgitau.. Oo ya dgn jang na ra sbb lagu dia aku suka.. tapi tu la aku sanggup langgan channel 393 one.. So dkt sini la aku layan k-drama slps seharian penat bekerja kejar atau tggu asgmt n buat news...

Ok aku mulai dgn perjalanan aku pada 14hb..


Sebenarnya aku sampai smnjung mlm 13hb tu lagi flight mlm.. Memandangkan kena berkumpul jam 5. 30 am sbb flight awal jam 8. 30am kena la bermalam dulu semalam..
Jam 5.30am semua org da berkumpul di klia1 untuk check in.. Masa ni la baru kenal tour guide yg aku berurusan iaitu haniz dan sorg lagi eliza.. Rupanya group ramai dan kami dibagi 2 group.. Aku dlm group B bersama 2 family dari brunei.. Yg ni kira beruntung la sng aku berkomunikasi sbb bahasa yg sama dan satu lagi group 2 beradik dan sorg kwn dorg chinese... Dorg la jadi geng aku sepanjang tour ni..toral group kami 22 org.. group A lebih ramai org smnjung iaitu family, sepasang suami isteri dan 2 org rasanya dorg ni bff...


Flight kami jam 8.30am dengan menaiki cathay dragon ke hong kong selama 4 jam.. Transit di HK sejam jam 1pm sampai dan terus bekejar pula untuk flight seterusnya naik cathay pasific pada jam 2 pm ke incheon selama 3 jam.. Kalau direct kl-Incheon ambil masa 6 jam.. Tapi ok la.. Makanan atas flight alhamdulillah semua muslim friendly dan sedap.. Dalam tu ada juga disediakan movie so aku layan la movie apa yg ada...


Kami tiba di incheon dlm jam 7 kalau x silap.. Sampai ja ke Imigresen terus untuk urusan kemasukan dan paling best semua borang ketibaan kami suda diisi oleh tour guide.. Kami cuma tinggal isi pekerjaan dan sign.. Yg pekerjaan tu tulis ja kalau teacher tulis teacher.. X pyh tulis keja government.. Kang susah pula lepas suda la imi korea ni strict gila.. So jangan memandai2 ya.. Aku pula sng ja tulis journalist la.. Da itu kerja aku... Masa proses imi, kagum juga la dorg punya sistem.. Arahan dia guna bahasa melayu kot.. Hehee... Siap kata terima kasih lagi.. Mesin tu la ckp.. Klau org korea tu confirm dia guna bahasa dia.. Tapi ok la pengalaman kan..


Lepas selesai urusan imi, kami diminta naik bas.. Masa keluar ja dari airport hah masa ni semua tergamam sebab kesejukan dan mulut keluar wap bila bercakap..x ingat rasanya negative 2 suhu masa tu.. masa tu aku cuma pakai thermal coat ja.. Jeans nasib berlapis dgn long john dan pakai glove.. Itu pn begagar badan.. Tapi tu la aku kata pengalaman...


Kemudian kami mula bergerak.. Dlm bas kami ada miss monica yang menjadi tour guide kami sepanjang di bumi korea dan dia mula la perkenalkan diri dia dan tanah air dia pada kami termasuk itinerary sepanjang 6 ari kami di sana...


Perjalanan kami ketika itu menuju ke restoran sebab semua da lapar.. Kami diberitahu dinner malam tu mee udon.. Aku pernah makan tapi bkn minat la utk dicuba berkali2 mcm aku suka mkn kimbab.. Tapi disebabkan lapar semuanya sedap wlaupun mlm tu kami mkn mee udon n syur ja semata2.. Kecewa juga la..ingatkan sampai terus dpt mkn yang bole aku wooww.. Tapi nda rupanya.. Katanya faktor masa da sampai lewat so mau cari makanan heavy agak susah juga sbb lps tu kami kena check in hotel..nasib la masa tu disebabkan teruja tgk ais salji di jalan terubat juga la kecewa tu.. ok berbalik pada makanan, aku xtau la mgkin sbb lapar atau mmg kimchi dan danmuji dia sdp kali ya.. Tapi aku mkn kimchi tempat lain2 lps tu x sesedap di restoran yg pertama kami pgi ni.. Tu la bertambah2 juga la mkn sayurnya sampai la kenyang...
Lepas makan, lebih kurang dlm 20.minit kami sampai ke hotel.. Bukan calang2 hotel rupanya 4 star ok mmg selesa ditambah pula aku duduk sorg lagi la selesabab ni mmg patut dipuji agensi ni... X rugi aku byr lebih utk bilik sorg (aku single traveler so amik bilik personal n add on rm640 utk bilik ni)..


da siap urusan check in masing2 masuk bilik.. Bilik Aku tingkat 7..dalam bilik ada heater juga aircond.. Da sah2 aku x buka aircond kan da mmg sejuk diluar.. Dalam tu ada tv,, microwave,  icebox, cerek masak air,, safety box, hair dryer n kelengkapan lain mcm hotel biasa... Bagi aku da kira lebih dari selesa la.. Bole la aku masak bekal maggie aku guna microwave tu kan bab makanan bekal ni pn aku silap juga. Iya la konon2 risau kelaparan sbb takut jadual pack.. So beriya la aku beli roti gardenia, maggie laksa 2 bgkus dan milo.. Tau2 x sempat sgt pn mkn.. Roti x juga dpt mkn dlm bas sbb da larangan dorg x bole mkn dlm bas.. Lps tu milo aku cuma minum 2 paket ja sbb masa tu x rasa lagi kopi maxim dorg yg nyaman.. Roti langsung x mkn.. Buang ja sbb expired dan 2 lagi bilis aku bawa balik kk...


Siap mandi semua, aku start ready pakaian esoknya untuk aktiviti esok.. Seluar long john lapis jeans dan stokin.. Baju pula 3 lapis.. Long john, jaket dan winter coat...lps tu kasi keluar hot pack..yg ni aku mau cerita mmg sgt membantu memanaskan badan.. Aku letak di belakang lekat pada baju jaket dan di tapak kaki di stokin dan 2 lagi di poket untuk aku pegang2 risau tangan beku sbb sejuk... Mmg membantu sgt hot pack ni..

Jam 11 gitu baru aku dapat tdr.. Oohh ya lupa bagitau.. Masa di korea beza sejam awal dgn masa di malaysia ya.. Klau jam 11 aku di korea, malaysia baru jam 10 sbnrnya..tapi sbb aku penat aku tdr la dulu...


Ok part 1 aku da settle kan.. Insyaallah esok free aku sambung part 2 untuk aktiviti hari kedua di bumi korea.. Stay tuned sudah tentu menarik... 
Selamat malam pembaca kalau adalahhhh... 


 Jam 4 lebih aku suda di klia1.. Jam 3 am da bangun sbb jam 4 shuttle bas gerak dari hotel... 

  1.  Mcm biasa la pagi2 wlaupun aku x mamun tapi hot cappucino tetap menjadi pilihan lagi2 awal pagi kan smntara tggu tour group berkumpul jam 5.30am..

 Jam 8 lebih da naik flight.. Ok ni lupa cerita psl ruang dia mmg bsr ada 3 raw tempat duduk.. Sepanjang pgi dan balik aku betuah dpt tepi tingkap cuma x bestnya terpaksa kena tukar sbb husb n wife tu xmau duduk asing2.. Sbr ja la.. 
kopi dia sedap... 
ni kira breakfast dia la... ada sosej, kentang n vege.. lepas tu ada roti bersama butter dan buah2an...
dalam screen ni dia bgitau route kami lalui untuk ke HK...

untuk connecting flight dia da siap2 bagitau.. mcm kitaorg mau pgi seoul jam 2.20 flight so mmg bekejar la sebaik touch down..

 Transit di HK dalam kelam kabut lari ke gate sempat juga selfie kan..  
ni naik cathay pasific pula...

kira makan tengahari kitaorg.. muslim friendly la... nasi dia sedap...





 Ni antara pix aku ambil dlm flight cathay dragon n cathay pasific... Mmg menarik.. Boring2 bole tgk movie.
Sebaik tiba.. Mesti jumpa ni di dpn.. 😊 😊

 Ini wajib kalau sampai mana2 negara kita pgi kena ambil gambar kalau sempat la.. Ni smntara mau masuk pgi Imigresen ni.. 
 

Restoran pertama kami pgi mkn sebaik sampai korea.   
 Yg ni aku teruja wlaupun sikit tapi ya la benda nda pernah dijumpa di malaysia kan.. Heheh.. 


 Mee udon dalam tu mee dan sayur semata2 xda lauk.  First dinner n first menu di korea.. 
 Kimchi dan danmuji dia mmg sdp.. Antara sbb lapar dan mmg sdp... 
sementara tunggu Q check in hotel, sempat la ambil pix lobby dia unik...


Da kenyang check in hotel.. Inilah bilik saya.. 2 katil tapi sya sorg... Selain tu antara peralatan atau kemudahan yg disediakan dlm bilik ni.. Selesa.. X rugi bayar... terus gila kuasa.. haha.. housekeeping kasi jarak aku kasi gabung... marah la ajumma atau ajushi yang kemas ni katil... haha...
ada microwave dan sblh tu sinki untuk aku berus gigi...
toilet bersih tapi mcm biasa xda paip atau bidet.. nasib paip utk mandi tu panjang.. jadi kalau melepaskan hajat besar, tarik la tu paip...

ni antara minuman yang disediakan... first day aku xtau rasa maxim tu buat aku jadi addict, sekali da rasa siap tapau ya... hahaha...

Comments

Popular posts from this blog

ILMU KAUM BISAYA... MUDAH DIAMALKAN...TAPI BAHAYA UTK ORG RAMAI...

biar mati anak, jangan mati adat...

Operasi oh operasi...