Pengakhiran membawa permulaan...

Seperti kebanyakkan orang, penghujung dan permulaan tahun menjadi agenda utama sama ada menceritakan azam yang bakal dilaksanakan atau suda dilaksanakan.... Ada juga menceritakan pengalaman sepanjang tahun dipenuhi keriangan atau kedukaan... Bagi aku pula, sepanjang tahun ini seperti biasa bekerja dengan media pasti punya keseronokan yang tidak ternilai, pengalaman indah dan pahit itu sentiasa ada..bagaimanapun semua itu ku ambil sebagai salah satu proses pembelajaran dalam hidup kita.... 
2012 sebenarnya memberi banyak kelegaan kepada aku terutamanya prestasi kerja semakin meningkat apabila bos memberikan aku penilaian yang baik dan meningkat berbanding tahun lalu... Meskipun baru 2 tahun berada di Harian Metro branch Sabah dan berbeza dengan rakan rakan yang berada di HQ, tap secara keseluruhannya aku banyak belajar banyak benda...  Dari buat cover sekecil-kecilnya manusia, sehingga manusia berpangkat... Dari sekecil-kecilnya kes, sehingga kes terbesar.... Untuk tahun ini, aku berjaya melunaskan tanggungjawabku sebagai seorang pelapor di surat khabar atau lebih dikenali sebagai wartawan.... Antara kes besar yang aku buat kapal bunga alpania terbakar dan meletup di Labuan dimana aku perlu menghabiskan masa selama tiga hari disana dan berkampung di bilik mayat.. Walaupun banyak tekanan melanda sebab pertama kali mengendalikan kes besar seorang diri dan hanya mengharap senior sebagai guide line untuk aku mengolah cerita yang perlu dikeluarkan di muka depan esoknya... Setiap hari memerlukan follow up berterusan dimana seminggu aku laksanakan tugasan itu walaupun sudah berada di Kota Kinabalu.... Jelas aku mampu mengharunginya apabila sepanjang hari story berjaya keluar di setiap muka surat.... Selain kes-kes crime, aku juga diminta buat cover untuk pemimpin-pemimpin besar seperti PM, TPM dan hampir terpilih untuk cover putera will n kath... Tapi sayang kami tidak berrjaya melepasinya apabila hanya beberapa orang sahaja dipilih untuk buat laporan mengenai mereka berdua yang melawat Lembah Danum... Walaupun begitu, aku bangga sekurang-kurangnya aku diberi kepercayaan untuk melaksanakan tanggungjawab besar... Bidang lain seperti sukan, mahkamah, hiburan dan macam- lagi aku berjaya melepasinya... Walaupun masih banyak benda yang perlu dipelajari terutamanya sukan bola sepak, aku sudah mula meminati untuk menonton... Mungkin pengaruh orang sekeliling aku membuatkan aku semakin suka dengan apa yang aku kurang suka... 
Untuk 2012, alhamdulillah rezeki aku melimpah-limpah sama seperti tahun lepas, gaji yang kukira bukan semua orang memperolehnya, malah orang kerja dengan kerajaan mempunyai gred 41 pun belum tentu menandingi ganjaran yang aku dapat... Tahun ini berjaya mengumpul dua gajet yang kiranya popular, ipad2 dan samsung S3... Sebenarnya aku bukan jenis yang terlalu mengikut peredaran teknologi, yang penting punya capaian internet untuk aku berhubung dalam facebook dan email serta mengetahui perkembangan dunia... Itu sebenar tujuan aku, tapi disebabkaan aku cemburu member media menggunakan semua gajet untuk kerja, aku rasa ada benarnya kemudahan ni untuk aku sehingga akhirnya aku dinilaikan seorang yang sentiasa mengikuti teknologi terkini...
2012 juga mencatatkan perkara terburuk aku lalui apabila nombor fon yang aku gunakan sejak zaman study akhirnya "hilang" begitu saja.... Ini adalah disebabkan kebodohan dan masalah orang sampai aku terbabit sama sehingga aku kehilangan nombor aku sayang.... Perkara yang menyusahkan seluruh hidup aku selama beberapa hari apabila aku lost contact dengan dunia luar, orang-orang penting yang cari aku.... Dan aku menganggap no fon yang hilang sebagai masalah besar bagi aku.... Malah aku mengalami kerugian hampir 1 k dan orang itu tidak bertanggungjawab untuk melunaskan sakit hati aku dan sanggup buat balik perkara yang aku kurang suka dilakukan terhadap aku... Bukan duit menjadi galang gantinya sebab duit aku boleh cari, tapi sendiri perlu sedar diri.....
Bercerita mengenai azam, tahun lepas azam aku ada 2 yang tbesar, malangnya aku gagal melunaskan impianku iaitu menyambung semula pelajaran di peringkat master dan rumah pertamaku... Bukan aku sengaja untuk tidak melaksanakan azam aku, tapi kekangan masa dan beberapa masalah lain menyebabkan aku terpaksa membawanya ke tahun berikutnya.... Kerja yang semakin bertambah dan masalah pada jadual waktuku yang sentiasa penuh menyebabkan aku sentiasa tidak punya masa  untuk buat sebarang proposal untuk melanjutkan pelajaran... Rumah?? Bukan aku tidak mahu, sudah beberapa kali mennjau kawasan perumahan tetapi semua bukan citarasaku... Ditambah pula dengan permintaan downpayment yang melampau-lampau menyebabkan aku terpaksa berfikir berkali-kali untuk setuju... Sebenarnya tiada masalah untuk downpayment sebab aku masih layak untuk buat loan menerusi skim rumah pertamaku, tapi kesesuaian dan keselesaan rumah belum menepati ciri-ciri yang aku mahu.... Dan perkara ini aku terpaksa membawanya sehingga ke tahun depan... 
2012, sekali lagi buat aku terkejut apabila aku menyedari aku juga seorang yang popular dengan hanya menaip nama Norasikin Daineh di google ternyata sehingga 7 ke 8 page nama aku keluar dari website Mymetro dan turut dimuatkan dalam blog-blog.... Begitu rupanya feeling orang yang popular... Agak speechless seketika...
2013 hanya beberapa jam saja kita akan melangkah ke arahnya.... Dan azam seterusnya aku mahu buat perkara terbaik dalam hidup aku termasuk untuk keluarga aku, terutamanya kedua mama bapa aku, kerjaya aku dan pertambahan aset.... Bukan tujuan untuk show off, tapi selagi aku berada di zion selesa, apa salahnya kita fokuskan diri untuk mengumpul apa yang kita mampu... Selagi mampu dan badan masih sihat, kita perlu menghargai peluang yang diberikan..... Untuk bertukar kerjaya, mungkin aku masih belum terfikir  apatah lagi aku diberi pelbagai kemudahan dan kerjaya ini mendorong aku supaya menjadi seorang yang berdikari dan berani.... 
Akhir sekali menutup entri di penghujung tahun, semoga Allah memberiku rezeki yang melimpah-limpah, kehidupan yang lebih baik, dipanjangkan umur, selain azam diperkenankan olehnya... Amin.... Buat pembaca blog, tahun depan aku pasti lebih banyak update blog ini berbanding blog yang satu lagi... Insyaallah kalau diberi kesempatan.... Sekali lagi alhamdulillah untuk 2012 dan selamat datang serta selamat menyambut tahun baru 2013 untuk semua pembaca dan teman-teman....

Wasalam.... Berjumpa di tahun depan...

Norasikin Daineh

Comments

Popular posts from this blog

ILMU KAUM BISAYA... MUDAH DIAMALKAN...TAPI BAHAYA UTK ORG RAMAI...

biar mati anak, jangan mati adat...

My Big Day...