Aidilfitri yang hambar...

Nikmat aidilifitri tidak terasa seperti zaman budak2 dulu... selain disebabkan kekangan masa dek kerana tugas aku, juga disebabkan hubungan tidak seerat mana sudah apabila masing2 membawa ego menegakkan benang yang basah... fikiran konservatif yg muda perlu mengalah walaupun x salah masih diguna pakai oleh golongan pemikiran singkat.... meskipun kurang berpuas ati, kerana terpaksa mengalah, tapi terpaksa terima kerana mengambil kira menjernihkan hubungan... namun semuanya hambar dan pahit kurasa... ingin kembali bertugas walaupun hati bukanlah sepenuhnya di tawau... malah buah hati juga tidak bersama menyebabkan kekosongan semakin terasa... payah kadang2 bertekak dengan org yang hanya mau menang walaupun aku dipihak yang benar, walaupun ada yg menyokong dan walaupun ada yang tau aku x slh... terpaksa mendesak diri, mengikhlaskan sesuatu walaupun pelbagai tuduhan tidak benar dilemparkan,,, sedar walaupun suda lama sedar... ketika susah, dihina bagai, ketika senang dicemburui segala... payahnya jadi dewasa, payahnya menjadi orang yang bertanggungjawab, payahnya untuk menjadi seorang wanita.... terpaksa mengalah walaupun bukan kehendak hati... 

walaupun aidilifitri terasa hambar, alhamdulillah dari segi hubungan sebagai tunangan semakin terasa... satu kejadian buat kami sedar akan tanggungjawab masing2... 7 tahun terikat, akhirnya bukti untuk bersedia menjadi satu nampak dengan jelas... betul tuhan membuka pintu hati untuk kami berdua...  semoga perjalanan hidup dan urusan kami dipermudahkan...

Comments

Popular posts from this blog

ILMU KAUM BISAYA... MUDAH DIAMALKAN...TAPI BAHAYA UTK ORG RAMAI...

biar mati anak, jangan mati adat...

Operasi oh operasi...