BODOH...


"BODOH"
{Bodoh-bodoh}

DUA TEMPAT BODOH
Bodoh terbahagi kepada dua iaitu merujuk kpd tahap pngetahuan atau perbuatannya.

MENENTUKAN BODOH
Bodoh tidak ditentukan oleh gelaran atau kedudukan tercorot dlm kalangan pelajar. Ia ditentukan oleh situasi yg menunjukkan kebodohan.

SEMYA BOLEH JADI BODOH
Maksudnya ia tidak berlaku sentiasa dan tidak pula terjadi pada org yg sama. Adakalanya ia berlaku ke atas sekumpulan org.

BODOH TAHAP PENGETAHUAN
Kita pergi kpd bodoh pertama merujuk kpd tahap pngetahuan. Ini dipanggil bodoh yg biasa sbb ia biasa terjadi n smua org ada pngalaman mrasa bodoh jenis ini,

BODOH BIASA
Bodoh biasa dimiliki seseorg setiap kali dia brhadapan dgn satu kerja di mana dia langsung tiada pngetahuan tentang perkara tersebut. Masa itu dia memang bodoh.

BODOH SETEMPAT
Walaubgmana pun org itu cuma bodoh tentang pekerjaan yg dia tak pernah ambil tahu. Kebodohan spesifik itu tidak sampai melayakkannya dilabel si bodoh sampai bila-bila.

BODOH BOLEH BELAJAR
Namun kita tak perlu risau dgn gejala bodoh biasa sbb ia cuma sementara saja. Sebaik saja berlaku pembelajaran lalu mberi makluman pngetahuan yg brkenaan maka selamat dia drp kebodohan.

JANGAN ZERO KNOWLEDGE
Untuk tidak lg bodoh, cuma perlu berganjak drp tahap langsung tiada maklumat kpd peningkatan ilmu. Asalkan tidak zero knowledge sudah okey tapi lebih byk maklumat dimuat turun lebih bersih imej bodoh yg lampau.

BODOH TAK TAU APA
Kesimpulannya bodoh biasa sentiasa berlaku setiap kali berhadapan dgn prkara baru. Bodoh biasa dpt dilenyapkan dgn usaha pembelajaran n ia cuma berkenaan dgn perkara yg difokuskan saja.Perkara lain yg diketahui tidak termasuk dlm bodoh itu. Oleh itu preparelah dulu sblm mghadapi satu pekerjaan yg jarang diamalkan smoga ia tidak bermula dgn kesilapan bodoh.

BODOH PERBUATAN/KERJA BODOH
Bodoh yg kedua adalah perbuatan yg bodoh atau disebut kerja bodoh. Kerja bodoh munkin disebabkan oleh pelbagai sebab. Ia juga boleh terjaga dgn sengaja atau tidak sengaja.

KERJA BODOH TAK SENGAJA
Jika ia terjadi scara tidak sngaja kerja bodoh itu boleh dianggap tiada motif yg jelas. Samada dia terlanjur, kemalangan, terkejut, tak mnyangka, tak berniat, lalai, cuai atau munkin mnjadi mangsa sabotaj yg dirancang. Biasanya ia mberi impak lucu n mencuit hati. Adakalanya jg serius.

KERJA BODOH SENGAJA
Kerja bodoh yg sengaja dibezakan oleh motifnya. Motif menunjukkan niat dan tujuan. Ada kerja bodoh bermotif menarik perhatian, ada yg bermotif untung, ada juga yg terdorong oleh emosi, ada juga dilakukan krana menurut arahan, malah kdg2 memang hobi biasanya mbuat kerja bodoh. Byk kemungkinan yg boleh mendorong sikap bodoh seseorg.

ORG PANDAI BUAT KERJA BODOH
Adakah kerja bodoh disebabkan bodoh biasa? Mungkin, sebab jika xtau apa2 tentulah xtau nak buat apa.Tapi kerja bodoh juga dilakukan oleh org yg terpelajar. Adakah berbuat bodoh itu menafikan kepintarannya?Tidak, dia cuma berbuat silap, dia tidak bodoh tapi perbuatan silap itu yg bodoh.

RUMUSAN
Secara berhemah, sebenar tiada siapa yg benar2 bodoh krn tiada siapa yg tidak memeliki satu apa pun pngetahuan dlm kepalanya. Jadi org bodoh tiada. Tapi perbuatan bodoh ada,

NASIHAT
Jika berlaku satu tindakan bodoh jgnlah pelakunya kita label si bodoh sbaliknya perbuatannya itu yg bodoh. Ia boleh dihindar n dicegah melalui nasihat, pelajaran atau desakan.

PRINSIP PENULIS
Ringkasnya, tiada org bodoh dan org pandai. Yang ada ialah org lebih tau dan org kurang tau. Org lebih tau kerana lebih byk mngambil tau manakala org kurang tau ialah yg kurang mngambil tau. Betul tak? Tak bailk panggil org bodoh, Tuhan marah.

ARKIB LUAR KOTAK
Rencana Senaman Otak


Comments

Popular posts from this blog

ILMU KAUM BISAYA... MUDAH DIAMALKAN...TAPI BAHAYA UTK ORG RAMAI...

biar mati anak, jangan mati adat...

Operasi oh operasi...