Peluang terbaik....

Assalamualaikum all readers....

Mungkin sudah seminggu aku x update apa2... penat dan disebabkan juga tiada idea sebab semuanya untuk news yg aku buat....

Dalam kehidupan kamu, kamu pernah x dapat peluang yang kamu rasa mungkin akan mengubah hidup kamu??
Pengalaman akulah, sepanjang hidup aku, aku ada lebih 1 peluang baik yg aku pilih dan aku lihat hasilnya memang memberi kehidupan yang terbaik untuk aku...
Pertama sekali bila aku ditawarkan menyambung pengajian dan yang kedua aku ditawarkan bekerja di company besar...

Tadi aku baru dapat call dr kwn baik aku, yan... dia kata dia da terima tawaran kerja di syarikat yang dia keja partime tu... aku da tengok company tu memang besar dan rasanya ada peluang yang cerah kalau dapat masuk ke company tu... sblm ni yan x mau accept sbb takut x bole buat keja yang dia kena handle, tapi aku da nasihat, dia kena berani untuk berhadapan dengan apa saja cabaran dan kalau ada peluang mcm tu, jangan sesekali lepaskan apa yang ada di depan mata... 

Ok berbalik dengan kisah aku,  semalam aku ada asgmnt di UMS dan masa tu aku teringat sebab aku memang mau apply untuk program pascasiswazah atau dalam bi nya postgraduate... sebelum ni aku dah apply di uni lain tapi aku x buat pn betul2 sebab semua uni aku apply tu jauh n tawarkan pjj full time... sedangkan aku d cni keja... kalau la aku duduk smnjung, rasanya xda masalah....

Semua org ada peluang untuk sambung stdy x kisah la peringkat apa, yg penting ada kesedaran untuk memperbaiki diri atau memajukan diri... so kalau suda peluang depan mata, UMS buka untuk apply buat master, why not aku mencuba.?? harap2 kali ini aku buat betul2 sbb lecture aku pn ada bagi semangat dan advice utk smbung stdy... tq puan mimie... rasa terharu pla ada lecture still ambil berat dgn kita walaupun aku bukan tergolong pelajar yg pandai2 mcm mereka2... hehehhe...

Di Malaysia ni sebenarnya bertuah sbb kerajaan begitu mementingkan pendidikan dan ada pelbagai cara untuk menghasilkan modal insan yang berguna pada negara... so kenapa masih ramai yang tidak menghargai peluang yang sudah terhidang di depan mata??

tamat (ehh.. mcm hantar story pla kan.. hehehhe)




Comments

Popular posts from this blog

ILMU KAUM BISAYA... MUDAH DIAMALKAN...TAPI BAHAYA UTK ORG RAMAI...

biar mati anak, jangan mati adat...

Operasi oh operasi...