Pengakhiran membawa permulaan...
Seperti kebanyakkan orang, penghujung dan permulaan tahun menjadi agenda utama sama ada menceritakan azam yang bakal dilaksanakan atau suda dilaksanakan.... Ada juga menceritakan pengalaman sepanjang tahun dipenuhi keriangan atau kedukaan... Bagi aku pula, sepanjang tahun ini seperti biasa bekerja dengan media pasti punya keseronokan yang tidak ternilai, pengalaman indah dan pahit itu sentiasa ada..bagaimanapun semua itu ku ambil sebagai salah satu proses pembelajaran dalam hidup kita.... 2012 sebenarnya memberi banyak kelegaan kepada aku terutamanya prestasi kerja semakin meningkat apabila bos memberikan aku penilaian yang baik dan meningkat berbanding tahun lalu... Meskipun baru 2 tahun berada di Harian Metro branch Sabah dan berbeza dengan rakan rakan yang berada di HQ, tap secara keseluruhannya aku banyak belajar banyak benda... Dari buat cover sekecil-kecilnya manusia, sehingga manusia berpangkat... Dari sekecil-kecilnya kes, sehingga kes terbesar.... Untuk tahun ini,...