IMPIAN MENJADI KENYATAAN DI 2013
Lebih kurang 10 hari lagi kita bakal melangkah ke tahun baru iaitu 2014... 2013 bakal akan ditinggalkan... tahun ini banyakperkara aku lalui, bukan saja dari sudut kerjaya tapi juga kehidupan aku dan secara keseluruhan aku nilai prestasinya semakin meningkat... taraf semakin meningkat dan kerjaya semakin mencabar apabila pelbagai cabaran aku hadapi sama ada manis atau pun pahit..... 2013 adalah tahun sangat penat untuk kami yang bergelar warga media... bermula dari bulan 2 kami dicurahkan dengan tragedi yang menyayat hati bagi seluruh negara terutamanya kita di sabah... serangan pengganas dari sulu mencatat sejarah hitam sekali gus menyebabkan keadaan huru hara seketika sehingga kepimpinan negara sedikit terancam... tapi dengan semangat kita sebagai rakyat malaysia, Sanah tidak dipinggirkan... kami warga media bertungkus lumus cuba menari bahan berita memberikan maklumat mengenai keadaan semasa yang berlaku di Lahad Datu dan Semporna... nasib baik aku bukan antara wartawan yang ditug...