warna...
sejak dua tahun yang lalu aku sudah sibuk mencari warna tema untuk pelbagai perkara termasuk apartment dan majlis kahwin aku nanti... untuk apartment aku masih juga mencari-cari tapi setakat ini aku lebih berminat ala2 modern living yang simple dan menarik... aku kan x suka semak tapi aku yg suka menyemak... jadi paling mudah, aku kena cari keadaan yang paling simple untuk menyenangkan aku mengemas nanti... dan warna yang aku rasa sesuai putih, merah dan hitam.... nampak satu kombinasi yang menarik dan kalau aku pandai susun mesti jadi macam yang aku inginkan... keadaan rumah apartment mcm biasalah x sebesar macam rumah teres dan rumah aku tu jenis memanjang... jadi aku kena pandai sesuaikan ruang yang ada dengan warna... jadi aku masih sibuk mencari2 design n deco yg sesuai untuk rumahku... dari cat sehinggalah hiasan dalamannya... mungkin trip aku ke guilin nanti aku dpt byk bahan utk perhiasan... jadi mgkin juga akan mengubah atau membantu aku buat decoration apartment aku tu nt...